Thursday, January 30, 2014

JOM BACA TENTANG MINYAK KELAPA DARA

Perkara: Keistimewaan Minyak Kelapa Dara Dalam Menyembuhkan Masalah Kulit
Salam hormat buat anda. Biar apa pun yang berlaku kepada anda ketika ini, saya harap anda dapat bersabar dengan ujian penyakit ini. Jika masalah penyakit kulit ini terjadi kepada insan kesayangan anda, janganlah berputus asa untuk menggalakkannya berusaha untuk merawat sehingga masalah penyakit kulit tersebut sembuh.
Saya Redza dan hari ini saya ingin kongsikan bersama anda penawar kepada masalah penyakit kulit anda dengan amalan 100% herba semulajadi tanpa melibatkan bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali secara dekat apakah minyak kelapa dara?
minyak-kelapa-dara

Definisi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  di dalam buah kelapa tersebut.

Minyak Kelapa Dara Asli (Pure) – VCOP

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Kebaikan dan Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kulit:

  • Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering.
  • Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas.
  • Jika di sapu minyak kelapa dara akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. Untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
  • Merawat pelbagai masalah kulit seperti psoriasis, ekzema, dermatitis dan lain-lain jangkitan kulit.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.
  • Bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
  • Menghilangkan kesan rekahan pada perut selepas bersalin dengan berkesan
  • Memulihara retak pada tumit kaki. Minyak kelapa dara mengandungi khasiat penjanaan semula dan pelembab yang berperanan menyembuhkan kulit, mengembalikan keremajaan pada kulit dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati, . Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’, amat berkesan terutama pada tumit yang merekah, kematu dan keras.
Begitulah secara ringkasnya mengenai Minyak Kelapa Dara. Sekarang  tibalah masanya untuk saya memperkenalkan kepada anda Minyak Kelapa Dara Asli dari jenama Bio Asli
minyak kelapa dara
Bio Asli merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan Minyak Kelapa Dara

0 comments:

Post a Comment