Thursday, February 6, 2014

BENAR KE DI LANGKAH KUCING HITAM MAYAT HIDUP KEMBALI??



Kita memang tak pernah lari dari melalui kisah2 misteri tak kisah la dalam keadaan yang nyata, mendengar dari pengalaman orang lain, pembacaan atau tengok kat tv. Pernah dengar tak pasal kalau kucing langkah mayat yang tengah berkafan, mayat tu akan bangun atau hidup balik? Ha... ni yang nak cerita nih...





Kisah seram ni adalah menurut cerita nenek aku la masa muda remaja, zaman kegemilangan gitu kan. Masa tu ada saudara dia meninggal kot, masa tengah dibacakan Yassin lepas meninggal atau masa dikafankan (aku tak ingat). Biasalah kampung dulu kan sunyi jex & mungkin tak ramai sangat orang yang drang masa tu. Tanpa disedari, ada kucing masuk rumah terus melangkah mayat tu. Mayat tu pun mengerang kononnya macam bernyawa balik. Lepas tu, diorang yang ada kat situ memang dah sediakan sejenis batang pokok yang dah ditebang letak atas badan mayat tu.

Kata nenek aku, kalau dia dah betul2 bangun, dia akan cari & terkam mangsa yang terdekat. Tujuan batang pokok tadi tu ibarat menggantikan mangsalah, So, mayat yang bangun tu cuma terkam batang pokok tu jex. Lepas tu, aku tak berapa ingat la apa yang jadi sebab dah lama nenek aku cerita benda nih.

Kata nenek aku lagi, kalau dia dah bangun & kejar orang, kita kena lari berpusing atau jangan lari lurus. Aku tak pasti sebab kenapa & kalau boleh lari keliling tiang pokok supaya mayat tu terpeluk & terkam pokok tu jex. Nenek aku kata terkaman atau pelukan mayat hidup memang kuat. Tak kisah lah kucing apa2 pun, hitam atau warna lain kalau boleh masa ada orang yang nazak atau dah meninggal, sembunyikan kucing atau simpan dalam sangkar dia. Kalau boleh, kena ada orang yang berjaga2 jugak takut2 ada kucing yang masuk rumah.




Nenek aku kata, pernah terjadi masa ada saudara yang tengah nazak, kucing belaan semua nak masuk rumah nak dekati orang yang nazak tu. Lepas tu, kucing semua masuk sangkar. Tu pun kucing tu mengiau2 tak henti2. Seram bukan?
Apa2 pun, semua ni kita tak boleh percaya sepenuhnya sebab kebenaran dia belum pasti, tambahan pulak tak ada orang atau pakar yang mengkaji tentang kejadian ni. Ada yang kata kucing ada sembilan nyawa, bila kucing tu langkah mayat tu, salah satu nyawanya merasuk badan mayat tu. Wallahualam, kita kena berdoa supaya kalau ada saudara mara kita meninggal, takkan terjadi perkara macam ni. Amin...

pendapat anda bagaimana ?? 



1. Jerman
ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu.

2. Normandia, 
mereka percaya apabila dalam perjalanan Anda melihat seekor kucing hitam yang sedang berjalan di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa Anda akan diserang suatu yang luar biasa.

3. Finlandia, 
masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitamlah yang membawa jiwa manusia ke alam baka. 

4. China, 
kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin.

5. India, 
jiwa yang di lahirkan semula dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api. 


6. Bengali 
percaya bahawa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.

7. Celts 
percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan  masa depan.


8. Druids
pada masa Inggeris kuno percaya bahwa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya kemudian di hukum menjadi seekor kucing hitam.
Ada juga kepercayaan lain, yang mengatakan bahwa kucing hitam ini merupakan salah satu penyamaran para penyihir. Walaupun tidak ada saksi yang pernah menyaksikan ada penyihir yang berubah menjadi seekor kucing hitam atau seekor kucing hitam yang berubah menjadi seorang penyihir, tetapi mereka mengatakan bahawa suatu hari mereka menyakiti seekor kucing hitam dan kucing hitam itu terluka, dan keesokan harinya mereka menemukan luka yang sama di tempat yang sama kucing itu terluka pada seorang wanita.

Kepercayaan lain mengatakan bahwa kucing hitam adalah pasangan para penyihir untuk melakukan perbuatan sihir. Mereka akan terbang dengan sapu lidi mereka dan menyebabkan ribut. (Rujukan : 8 Mitos Kucing Hitam dari Berbagai Bangsa di Dunia )

Secara logiknya kucing hitam tidak mempunyai apa - apa kuas mistik sebab dia di lahirkan oleh kucing juga. Mempunyai sifat & fizikal yang sama macam kucing2 lain cuma warnanya sahaja hitam. 

wallahualam

1 comment:

  1. Butuh penghasilan lebih? yuk bergabung bersama kami di :
    Sanadomino
    ~ Bandar Poker
    ~ BandarQ
    ~ Poker
    ~ Domino
    ~ Capsa Online
    ~ AduQ
    ~Sakong
    Minimal deposit hanya Rp 20.000
    Bonus-Bonus Menarik Yang DI Berikan SanaDomino :
    * Bonus Refferal 20% Seumur Hidup
    *Bonus Casback 0,3/0,5%
    Ayo buruan daftar kan diri anda sekarang juga
    Silahkan Klik link di Bawah Untuk Mendaftar :
    http://www.sanadomino.com/Register.aspx?ref=lisalu88
    Untuk Info Keterangan Lebih Lanjut Silakan Hub :
    Cs sanadomino
    BBM : D86E8C7A 24 Jam Online
    Layanan Tercepat, Proses Deposit & Withdraw Tercepat !!!
    Kami Memprioritaskan Kenyamanan Member.
    raja poker

    ReplyDelete