Saturday, February 8, 2014

7-Eleven sedia khidmat penghantaran makanan dalam talian....













Rangkaian kedai serbaguna 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Foodpanda Malaysia Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran di Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, Johor Baharu dan Pulau Pinang.
Pengurus Besar 7-Eleven, Ronan Lee berkata, kerjasama itu akan menyaksikan syarikat itu memanfaatkan pengalaman Foodpanda Malaysia dalam aspek penghantaran dan logistik sebagai platform penghantaran makanan terbesar di negara ini.
"Kami merupakan yang pertama dan satu-satunya kedai serbaguna di Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan terpilih melalui kerjasama Foodpanda sebagai pilihan yang 'lebih selesa' kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan hari ini.

0 comments:

Post a Comment