KISAH HANTU LAUT
Saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua pengalaman saya bersama pakcik saya menetap di kelong di pulau ubin, tempat pakcik saya bekerja 15 tahun lalu. Saya selalu kesana menolong pakcik saya di kelong. Pada suatu hari setelah habis bekerja, pakcik saya bertanya kepada saya jika saya teringin hendak melihat HANTU LAUT atau dikenali sebagai 'ORANG LAUT'. Tanpa saya berfikir apakah itu,saya pon setuju untuk ikut. Pada malam itu kira-kira 10.30 malam , kami pun menaiki sampan kecil milik pengurus pakcik saya menuju ke pulau ubin. Berbekalkan 3 ekor ikan sembilang, kami brangkat menuju ke pulau ubin atau lokasi sebenar batu gajah. Air laut sudah mula pasang jadi kami menghampiri tempat itu dan meletakkan ketiga-tiga ekor ikan di atas batu. Semasa meletakkan ikan di atas batu, saya perasan mulut pakcik saya terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian saya tanya apakah yang dibaca dan pakcik menjawap itu adalah mentera memanggil hantu air tersebut. Saya pun beredar dari batu dan kami bersembunyi kira2 150 meter dari batu tersebut di belakang pokok kecil. Pada jam 1.30 pagi, saya mula terhidu bau hanyir yang amat sangat. Pakcik mencuit peha saya dan membuat isyarat supaya saya diam dan pandang ke arah batu yang diletak ikan tadi. Bau hanyir semakin kuat hingga saya menutup hidung saya. Pakcik berbisik kepada saya bahawa saya beruntug kerana blan penuh jadi saya boleh melihat benda itu dengan jelas.
TAMAT...
0 comments:
Post a Comment