Saturday, February 8, 2014

KUIH PAU DARIPADA MESIN???





KUIH PAU DARIPADA MESIN???


KUIH pau merupakan kuih yang amat digemari oleh rakyat Malaysia kerana teksturnya yang enak dan lembut.
Lebih-lebih lagi, kuih pau kini sudah mempunyai beberapa perisa bagi menarik minat penggemar pau.
Antara perisa yang terdapat ialah kacang, kelapa dan kacang merah.
Bentuk kuih pau yang bulat dan terdapat dalam pelbagai saiz menyebabkan bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga gemar untuk makan kuih ini.
Setiap pengusaha menghasilkan saiz pau yang berlainan bagi menarik minat pelanggan.
Selain itu, kuih pau juga bukan sahaja boleh diperoleh di kedai makan, malah daripada ejen-ejen dan dipasar raya kerana terdapat pau sejuk beku bagi penggemar pau.
Peluang ini membolehkan pelanggan sendiri, stim atau kukus pau tersebut dan pau itu boleh dimakan pada bila-bila masa.
Pengusaha pau, Noorbaizura Arifin dari syarikat Aizura Frozen Food and Trading mengakui bentuk pau yang licin dan saiz yang sama sangat dititikberatkan untuk kepuasan pelanggan.
Katanya, dengan menggunakan mesin pau rekaan ZDA sangat membantunya menghasilkan produk berkualiti dengan tenaga kerja yang minimum.
Syarikatnya hanya memerlukan dua hingga tiga orang pekerja sahaja.
Daripada perbandingan, ternyata pembuatan pau secara manual dan mesin adalah jauh berbeza.
Jika secara manual, kapasiti yang berjaya dihasilkan adalah antara 10 kilogram hingga 15 kilogram sehari.
Berbanding dengan penggunaan mesin, hanya mengambil masa yang singkat iaitu dua kilogram adunan doh mengambil masa kurang 10 minit untuk menjadi bentuk pau dan lebih cepat.
Kini, syarikat terbabit memasarkan produk sejuk beku di sekitar Negeri Sembilan dengan bantuan daripada ejen-ejen serta pelanggan.
Secara tidak langsung, kuih pau dan produk lain keluaran syarikat tersebut seperti karipap dan cucur badak berjaya dipasarkan ke negeri-negeri yang lain.
Perkhidmatan lain yang disediakan oleh syarikat ini ialah menjadikan kuih pau sebagai cenderahati, snack pack dan menyediakan pau panas semasa majlis perkahwinan sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.
Harapan Noorbaizurah dalam jangka masa panjang agar syarikat Aizura Frozen dikenali di seluruh negara.
Malah, dia juga berharap produk Aizura Frozen terus mendapat permintaan daripada pelanggan sama ada pelanggan baru mahu pun pelanggan tetap

0 comments:

Post a Comment