Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap (anggaran lebih kurang 1 kg).
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 biji tomato dipotong kiub
1 tin kecil pineapple cubes - Kak Noor guna Ayam Brand
3 sudu besar sos pineapple
3 sudu besar sos cili padi - Kak Noor guna jenama Agro Mas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu pes tom yam
1/2 biji lemon diperah airnya
1 sudu tepung jagung + air untuk memekatkan kuah
1 tangkai daun sup - untuk hiasan
1/2 biji tomato - untuk hiasan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ikan secukupnya
Penyediaan ikan untuk gorengan:
Campurkan 1 biji telur, serbuk kunyit, garam, lada sulah, dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Kemudian lumurkan kepada ikan siakap dan ketepikan.
Cara-cara memasak:
- Panaskan kuali. Goreng ikan siakap dengan minyak terendam sehingga garing. Ketepikan.
- Gunakan minyak ikan goreng tadi untuk menumis, anggaran 1 senduk minyak.
- Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan kesemua sos, buah tomato yang telah dipotong kiub, dan air nanas di dalam tin. Sekiranya mahukan lebih kuah, boleh tambah 1 cawan air. Perasakan dengan garam. Biarkan kuah mendidih.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung di dalam kuah untuk memekatkannya. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan kiub nanas dan perahan air lemon. Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan tutup api.
- Letakkan ikan siakap yang telah digoreng tadi di dalam bekas. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak tadi di atas ikan.
- Hiaskan dengan daun sup dan hirisan tomato.
- Sedia untuk dimakan dengan nasi panas-panas.......
0 comments:
Post a Comment