Monday, February 10, 2014

CERITA SERAM 1



KISAH ANAK PATUNG....

kisah ini terjadi ketika saya masih lagi bersekolah rendah. Rasanya usia pada masa itu lebih kurang 8 tahun. Pada masa itu saya sangat rapat dengan makcik saya. Hampir setiap minggu saya akan di bawa tidur dirumahnya . Pada suatu hari ketika hendak menghantar saya balik,Saya ternampak anak patung yang sangat besar di buang  ditepi lift ditingkat yang makcik tinggal. Saya memang suka kan anak patung yang besar. Makcik saya ternampak saya memandang anak patung itu agak lama..Kemudian makcik saya berkata "ambik la kalau nak"..saya pon berlari pergai ambil anak patung itu dengan hati yang gembira..

Apabila saya tiba di rumah saya,saya pon bermain dengan anak patung yang saya ambil tu..saya bersihkan anak patung itu dan tidur dengan anak patung itu.Sampai pada 1 masa saya sudah jemu dengan anak patung itu,saya simpan di bawah katil nenek biasanya saya akan tidur di ruang tamu.

Seperti biasa saya memang susah mahu tidur,selagi ibu saya belom balik..biasanya ibu akan balik ke rumah11.30 malam. Adik sudah tidur dan nenek sudah tidur di biliknya. Bila ibu balik biasanya saya akan tunngu dia habis mandi dan teman kan dia makan.Sedang berbual-bual ibu kata dia terdengar suara orang meminta tolong.Sungguh kuat sekali kata ibu,sya tidak dengar apa2 pon. Kemudian ibu lari dan saya terkejut saya pon ikut lari juga...

Di dalam bilik nenek memang betul rupanya nenek yang menjerit meminta tolong..Ibu hidup kan lampu lalu bertanya mengapa nenek menjerit meminta tolong. Kemudian nenek menceritakan apa yang berlaku dia kata ada benda di bawah katilnya merangkak-rangkak di katil dan mencakar kakinya,, Ibu memeriksa kaki nenek ternyata benar ada kesan cakar dan kaki nenek berdarah bercalar-balar. Ibu sapukan minyak di kaki neneklalu menjenguk ke bawah katil dan ternampak anak patung saya lalu dia menarik keluar. Nenek merasakan yang patung itu ada kehidupan dalam patung itu sehingga boleh mencakar kaki..Malam itukami semua  tidur rapat2 dan ibu membaca surah yassin....

TAMAT...............

0 comments:

Post a Comment